Friday, 12 July 2013

REFLEKSI RAMADHAN

assalamualaikum anta,anti sekalian..dh lame tinggalkan bahasa arab so sye dh speechless untuk type kt sini..mohon maaf xD..  act bnyak sngt bnde nk post kat sini tau..sye dpat anak saudara baru..hehehe ingt nak post pasal tu but x dek mase and mlas arr nk type..quite buzy sikit walopon kerja aku tido je..ouh one more untuk pengetahuan saudara saudari sye semakin malas walopon ecxam just around de corner..ADU AKU KESAH? so korang nk tngok x markah mid term ari tu brape..ok2 nnty arr aku post jap. ok back to the main topic sye tertarik dengan satu blog ni .. just nk bgy tazkirah sedikit shje untuk pembace..ok tngok bawah..ngehngehngeh :)

jangan lupe tarawikh tau :)


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat,yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga TUJUH sunnah Nabi setiap hari:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum matahari terbit. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.





tambahkan iman ,tambahkan amalan
assalamualaikum..ramadhan karimmm~

No comments:

Post a Comment